Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
just wanna have bright smile everyday ^^

Thursday, December 30, 2010

down down down


bile agaknya semua penyakit2 ni
nak pergi jauh2 dari hidup aku
down down down
dengan hidup aku
right at this moment 
=.=""""

Wednesday, December 29, 2010

menu hari ini =)

udang masak lemak
daging masak kicap
sayur bayam goreng
tempe goreng
air bandung
^_______________^
aku allergic seafood 
tapi
aku peduli apa
(padahal kulit ko 2 halimahton dah jahanam disebabkan allergic ko 2.. degil2..hehehe)
aku bedal jugak udang2 yg besar2 itu
weeeeeeeeeeeee~

Tuesday, December 28, 2010

makeover =)



rupa asal tanpa apa-apa make up

taraaaaaaaaaaa!!!~
first time make up =)
dah la time ni aku baru bangun dari tidur
n dalam masa 1 jam setengah lagi ada meeting kene jumpa dengan presiden n hicom MPP
hahahahaha

Location : Kak Reen & Kak Pah room
Date : 26 September 2010
Time : 9.00 pm (aku baru bangun tidur!)
Make up by: Kak Pah - foundation, base n blusher
Kak Reen - eyeliner n eye shadow
Kak Tyah - Smokey eyes walah gitu
^_______________^  







loneliness and friendship =) (3)

Episode 3 : Friendship

Always right, Bajet & Hipokrit 
.............................................................
kata2 yang best sangat didengar
tambah2 dari kawan2 yang dikenali
hahahaha
mula2 aku meletup macam iklan milo fuze 2 la
tapi aku cepat cool
sabar je la
aku boleh katakan
semua manusia sama sahaja
akan ada sifat2 seperti di atas dalam diri manusia
sangat sangat sangat 
tipu tipu tipu
kalau anda tidak ada
jadi
aku sudah tak kisah la kalau orang mahu kata aku apa pun
yang penting aku adalah aku
^______________^
kadang2 mungkin kita tidak sedar kita lakukan semua itu
tetapi
ingin aku katakan
bahawa tiada manusia yang sempurna
sebagai kawan
terima la kawan anda apa ada =)
kadang kala kita akan terasa dengan kawan kita
dan melepaskan rasa pada kawan yang lain
pada waktu kita sedang marah
itu normal
sangat normal
tapi apa yang tidak normal
kita memburukan kawan kita disebabkan rasa marah kita
maka timbul la kata2 yang tidak elok
nasihat aku yg paling best untuk anda dan diri aku sendiri
kalau nak kutuk or buruk2 kan orang fikir la cermin la diri sendiri
bagus sangat ke 
kita ni cantik sangat ke
handsome sangat ke
kaya sangat ke
pandai sangat ke
kita untuk mengata2 orang
senyum selalu
hidup ini terlalu indah untuk disia2 kan
^_______________^



Monday, December 27, 2010

loneliness and friendship =) (2)

episode 2 : loneliness (2)

aku x suka lihat kawan2 ku sendirian
kerana loneliness itu sangat sakit
aku tidak kisah menemani kawan2 ku
walau...
kadang2 mereka hanya mempergunakan ku sewaktu kawan mereka
tidak dapat bersama
sejujur jujurnya
aku tidak kisah
kalau la mereka tahu
aku penah tidak menghadiri sesuatu perjumpaan yang penting
dan meninggalkan perkara penting juga  
kerana menemani mereka
adakah aku mengungkit
tidak sama sekali
tidak aku suka mengungkit
kerana aku perhatian akan keselamatan mereka
aku akan berusaha untuk menemani mereka
sehabis baik...
kalau la mereka tahu....
betapa aku sayang pada mereka
walau kadang kala
meraka selalu meninggalkan ku
tidak ingat kepada ku
ya...
aku terasa sedikit
tapi aku tidak marah sama sekali
mungkin mereka terlupa
atau kereta tidak muat
atau apa aja alasan yang munasabah
aku selalu berfikiran positif
untuk menenangkan hati
aku tidak marah
bagi aku kawan adalah sangat penting selain keluarga
^_^

loneliness and friendship =)

loneliness and friendship =)
Episode 1 : Loneliness
sebagai anak yg x disangka akan lahir
aku kenal perkataan loneliness 
dalam kamus diari aku
hmmmmm
satu perkataan yg penuh makna
seawal usiaku 5 tahun
aku sudah mengenal erti independent
tahu mengurus diri sendiri
balik sendiri dari tadika
duduk seorang diri di rumah sehingga ada ahli keluargaku pulang
aku x penah takut hidup sendirian dari kecil
mungkin kerana mama dan abah sibuk bekerja
jarak yang jauh antara kakak dan abg2 ku
membuatkan aku tiada kawan sepermainan
tiada rumah terdekat juga
hanya kawan2 di tadika ku
tapi aku tetap gembira
kerana aku masih dapat jumpa kawan2 di tadika
tapi.....

wo hui jiang hua yu yi dian dian =)

wo xi huan xue xi hua yu
keshi wo hui jiang hua yu yi dian dian
huhuhuhuhu
jeles sama mama saya
beliau fluent cakap hokien 
then mandarin faham lak 2
jeles2
"mama kenapa tidak mahu ajar anakmu ini..huhuhu"
adoai~
siapa la yang sudi
menghulurkan simpati
mengajar aku mandarin
hahaha
nak kumpul duit banyak2 la
kelas mandarin dari basic mahal
mahal mahal mahal
adoai~
so far belajar informal
dari rum8
dari tv
dari internet
tp sy berbangga dengan diri sendiri
kerana mampu belajar banyak juga
^___________^
xpe2
di mana ada kemahuan
di situ ada jalan
till then
tatatatatatatata






Wednesday, December 22, 2010

no title....

ada banyak perkara
yang membuatkan
aku dan kau berbeza
aku cuma mahu hidup bahagia
tapi kau mahu orang membahagiakan kau
aku tak mahu sakiti hati orang
tapi orang tetap aku sakiti tanpa ku sengaja
kau......
menyakiti orang dengan sesuka hati...
aku dan kau adalah manusia
manusia biasa
yang sangat tidak sempurna
banyak melakukan kesilapan
kata-kata yang membunuh
aku mahu hidup dengan tenang
sila la menjauh dari aku
kerana aku tidak mahu disakiti
rasanya sungguh sakit
amat sangat
..........................................................................................................................

Sunday, December 19, 2010

orang x reti masak pun boleh masak =)

mari2 sy ajar anda macam mana mahu memasak hidangan yang mudah, senang n cepat di masak plg penting    S. E. D. A. P....^^ ... boleh sy katakan org yg x reti masak pun boleh masak la masakan ini =) ... ada dua cara memasak... tapi sy ajar yg paling senang n sy selalu buat....
resipi ini adalah ciptaan sy sendiri... sy gunakan teknik pemerapan kerana kalau sy ajar teknik biasa mungkin waktu menuang sos2 yg ada mungkin terlebih bubuh..then ayam hangus.. sbb lambat letak bahan lain. kes biasa =) .... mari mencuba ^^

Ayam Masak Kicap Cili Api (for 3 person):

Bahan-bahan nya :

1/4 ayam dipotong2
1 biji bawang merah dicincang
1 biji bawang besar dipotong bulat2 (letak bawang besar rasa lagi sedap la... tapi kalau x suka x letak pun x apa)
1 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris panjang2
1 sudu besar sos black paper (serbuk pun boleh)
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu sos tiram
pinch of salt
4-5 biji cili api (klu anda suka pedas boleh letak lebih... tapi ini dah cukup pedas)
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air

optional : boleh la tambah klu suka
setengah batang lobak merah dikupas kulit dan dipotong ikut kreativiti anda la =)
3 kuntum cendawan shitake di buang kakinya dan dipotong 3
2 biji kentang dipotong nipis bulat2

(tapi sy masak main agak2 la... sebab dah biasa memasak.. x perlukan sukatan... anda ikut naluri ja...)

cara memasak :

Pemerapan 

perap ayam dengan sos black paper, sos tiram n kicap pekat

Tumis menumis

1. panaskan kuali dan tuangkan minyak masak

2. tumis bawang merah dan bawang putih... tumis sehingga naik bau (bertukar warna sedikit coklat... jangan sampai hangus pula =))

3. masukan halia dan cili api... kemudian masukan ayam yang diperap tadi dan juga kentang.

4. goreng ayam dan kentang sehingga semuanya sebati... kemudian masukan air... biarkan sehingga ayam empuk (masak)

5. masukan lobak dan bawang besar...jangan lupa tambah sedikit garam... rasa sama ada cukup rasa atau tidak

6. apabila semuanya sudah mendidih.. masukan cendawan... matikan api...

7. boleh la makan =)

sy penah masak masakan ini untuk kawan2 sy... antaranya Cik Nadia Aida (nadia), Cik Eezazi, Cik Fadhilah n Encik Khuzairi... boleh la tanya pada mereka sedap atau tidak...=) .tidak juga pada keluarga tercinta =).. sy dpt thumbs up... sila la cuba dan masak untuk keluarga dan kawan2... mana lah tahu bukan jari tangan sahaja malah jari kaki pun thumbs up.. heeeeee~
bagi sy masakan ini antara hidangan berat yg mudah disediakan dan berkhasiat 
protein = ayam
carbohydrate = kentang
fat = minyak
vege = lobak merah
mineral (potassium ) = cendawan shitake

jika anda mahu bertanya apa2 masakan lain.... sila la drop komen anda =)... mungkin mahu masak untuk yang tersayang ^_____________^

purple, violet & indigo different ke???


this entry is a dedication  for my beloved friend Nor Nadia Aida Binti Mahadi..she was madly in love with 'this' purple..hahahaha. I met her during MAS which we were in the same Platoon C.n still a good friend till now =)... with another request from my friend Faris... so now i will fulfill their wish ^^

before that, sometime Nadia say purple... n sometime violet..i kept thinking.. i always thought that this 2 colour are the same... but.....not  at all!!!~... so i decided to google on my own n manage to spot the differences between them... so lets check it out!!!~

purple = 50 % Blue, 50% Red

violet = 33 % Blue, 33 % Red, 33 % White

indigo = indigo is just dark Blue 


the 3 basic colour is Red, Blue, & Green...


other colour is the mixture of this 3 basic colour =)






cuba teka ni warna apa? purple, violet or indigo??? ^^


Purple :

Purple has a special, almost sacred place in nature : lavender, orchid, lilac and violet flower are often delicate and considered precious.... in aromatherapy flower like lavender is  so sensual and relaxing.. purple is derived from the strong mixing of a strong warm and strong cool colour (red and blue ^^)... resulted in both warm and cool properties. A purple room can boost a child imagination or artistic creativity... nevertheless if too much purple (blue) could result in moodiness... other character that describe purple is charismatic, dynamic and love =)

Violet :

this colour is connected with spirit..... It is creative and inspirational (it is applied to Nadia =P).. Though it is a spiritual colour but it's also associated with royalty (it is connected to the royal Japanese flower... if you watch colour cloud palace u will now =)  )... Violet is so relaxing and encourages meditation... it is also show glamorous and luxurious... colour therapist prescribe it to encourage intuition and displays wealth... it is also the colour of visionaries and dreamers... =) 

Indigo :

if you want to know what is exactly indigo looks like.... observe the colour of the deep midnight sky... its indigo!!!~ =) ... Indigo symbolizes a mystical borderland of wisdom, self-mastery and spiritual realization.... as blue is the colour of communication, indigo which is a part of blue turns as the blue inward to increase personal thought, profound insights and quick understandings... if blue is fast... indigo is instantaneous... indigo gives inspiration... the mystical indigo can give a negative effect when using during a depressed condition as it will deepen you mood!!!~



(just to improve my writing skill...i know there must be a lot of mistake ... my English kinda worse...huhuhu... i admitted it ="(.. but i'm ready to learn ^______________^)



Just The way you are =)

one of my favorite song... the lyric is so sweet and romantic ^^.... i just love Bruno Mars songs ^_________^


Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me

And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile

Cause girl you're amazing
Just the way you are


Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day


Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same


So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change

Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile

Cause girl you're amazing
Just the way you are


The way you are
The way you are

Girl you're amazing
Just the way you are


When I see your face
There's not a thing that I would change

Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile

Cause girl you're amazing
Just the way you are


I just want 2 be the way i am.. i'm happy with myself... but there're some who cannot accept me as it is ="(...maybe because or misunderstanding.... do i have to change?? but i don't want 2.... this is me... this is my life... this is my storyline ... i colour it myself... what ever it is... i just pray that people can accept me just the way i am... as i can accept just the way there are.... it's fair right??? =) 

Saturday, December 18, 2010

anak yang comel =)

sy dpt dari blog org lain... sementara tengah free tahap gaban ni... sy pun post la cerita ini...lawak jugak la cerita ini...^__________^




Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,


'Daddy.daddy .... sex tu apa, daddy ....?'




Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka,termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.




Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.


Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.


'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... ..

SCROLL DOWN ....






















birthday and your nature colour =)



what colour are you =)??

December 23rd - January 1st Red 

January 2nd - January 11th Orange 

January 12th - January 24th Yellow 

January 25th - February 3 Pink 
February 4th - February 8th Blue 
February 9th - February 18th Green 
February 19th - February 28th Brown 
March1st - Match 10th Aqua 
March 11 - March 20th Lime 
March 21 satu Black 
March 22 nd - March 31st Purple 
April 1st - April 10th Navy 
April 11th - April 20th Silver 
April 21st - April 30th White 
May 2nd - May 14th Blue 
May 15th - May 24th Gold 
May 25th - June 3rd Cream 
June 4th - June13th Gray 
June 14 - June 23rd Maroon 
June 24th Gray 
June 25 - July 4th Red 
July 5th - July 14th Orange 
July 15th - July 25 tahu Yellow 
July 26th - August 4 tahu Pink 
August 5th - August 13th Blue 
August 14th - August 23rd Green 
August 24 - September 2nd Brown 
September 3rd - September12th Aqua 
September 13th - September 22nd Lime 
September 23rd Olive 
September 24th - October 3rd Purple 
October 4th - October 13th Nave 
October 14th - October 23rd Silver 
October 24 - November 11th White 
November 12th - November 21st Gold 
November 22nd - December1st Cream 
December 2nd - December11th Gray 
December 12th - December 21st Maroon 
December 22nd Teal

I'm yellow!!!~ how about you??? colour seem to show your own character.. maybe not all of them... but some of it=).. what colour it is... just live your life simple and happy ^_________^

Tips perjalanan Perak-Melaka lebih Cepat + Jimat = adventurous


mari kita mulakan hari ini dengan warna B.I.R.U

biru merupakan warna yang tenang dan cantik... bagi saya warna biru = COOL

apa kata orang cerdik pandai mengenai warna biru =)

Mengungkapkan kesetiaan. Seseorang yang mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Cenderung mengubah diri sendiri jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Seorang yang sensitif dan mempunyai naluri yang sangat kuat. dia dapat merasakan jika sesuatu akan terjadi.
Kebaikan mempunyai aura berwarna biru mereka mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain. Mereka ini juga mempunyai ramai kawan kerana mereka mudah disenangi oleh orang lain.
Keburukan mempunyai aura berwarna biru adalah mereka terlalu dramatis apabila ia berkaitan dengan soal cinta dan pandai memanipulasikan orang lain.


warna biru menenangkan dan boleh mengurangkan tekanan apabila dipandang.. k k k... sy nak mula bercerita


Tips perjalanan Perak-Melaka lebih Cepat + Jimat = adventurous  :
cerita nya bermula pada pagi ahad 14/11/2010


kalau nak tahu la tiket bas utp-melaka = RM42.00 , masa = 8-10 jam (huhuhu)
mari gunakan ilmu matematik anda semua untuk mengira berapa banyak wang dan masa yg sy gunakan dan jimat...^^


(nak guna aku... best skit...hehehehe)


aku ada paper hari jumaat 19/11/2010... tp aku daring sgt blk juga.. sbb tahun lepas x dpt blk raya haji..huhuhu....kwn2 yg len x blk pun... sbb paper de hari jumaat, ahad n isnin... tapi bg aku plg penting adalah keluarga... final exam 2 penting jugak tapi x sepenting beraya bersama2 keluarga tercinta... lagipun aku jrg blk..


baik  mari mulakan !!!~


tiket bas yg tertera pd tiketku adalah jam 8.55 pg... kerana nak mengelakkan naik bas SE Murai (Murni nama sebenar... aku ske2 hati ja panggil mcm 2..hahaha) yg sememangnyer aku leh bg 3L (Lambat, lenggah2, lemas)...hahahaha... aku pun pergi la beli tiket bas Plusliner.. dan aku perlu menunggu bas di perhentian bas depan petronas... jadi sebelum itu.... pukul 8.30 aku pi la melantak dgn my beloved rum8 di salaam corner... jam dah pukul 9... bas x dtg2 juga... adoai~ xpe2 baru 5 minit... alaaaa.. rum8 pun sudah pulang... mungkin sambung tdo blk kot..hahaha..


      Pukul 9.15 pg... dah 20 min tunggu... adoai~ lambat lak bas ini.. xpe2.. dr bas SE Murai 2 aku penah tunggu 5 jam... then aku pi la kat kaunter tanye... bas dah bertolak dr lumut x... then aku tanye lg 1 soalan bas berhenti kat bukit jalil ke?? taw x akak 2 ckp apa... cuba la teke... klu betul aku bg gula2 sebijik...hahaha =P jeng3.. akak 2 kate bas berhenti kat KL Sentral... woaaahhh~ KL SENTRAL... aku dgn muka selamba ckp lg... ooooo x berhenti kat bukit jalil.. then aku pi duduk tunggu blk... ntah nape cool giler aku... pd hal aku ptt risau sbb mcm mne aku nak blk umah dr KL sentral.. umah aku kat melaka... aku mati2 ingat bas berhenti kat BUKIT JALIL... tp lilek2 sudey.. t aku pk.. hahaha... aku leh gelak2 lg.. baiklah kwn2... tip pertama yg sy boleh bg utk travel ialah kalau beli tiket 2 jangan lupa tanya bas berhenti di mana... sy serius lupa... hahaha.. nanti jadi la kes macam aku seorang perempuan travel seorang diri di KL yg aku sendiri x familiar... hahaha.. but apa2 pun x de life la kalau hidup ni straight 4ward sgt...=)  Plusliner charge tiket RM20.20


      Pukul 9.30 pg... akhirnya oooo Plusliner anda dtg juga... yeah!!!~ ... dalam bas aku pe lagi T. I. D. U. R.. lalalala.... Tip Kedua : jika anda ada masa berehat la secukupnya ya.. sebab anda perlu mengumpulkan tenaga yang banyak untuk travel selepas ini =)   ... selepas puas tdo.... aku pun sampai la di KL sentral pukul 12 tgh hari... 2 jam setengah sudah sampai... bgs betul ^^... selalu aku naik train ja pi KL sentral.. ni naik bas... bas berhenti kat bhgian mana kat KL sentral ni pun aku x tahu... hahaha.. tp nasib baik la aku ni x lurus bendul.. jadi aku bg tip ketiga ... Tip Ketiga : kalau anda x pasti jalan kat KL sentral 2... ikut je la sapa2... komfem2 la mereka akan pergi ke tengah bahagian utk naik putra or ktm... mcm yg aku buat.. akhirnya aku pun sampai di bahagian center...


      Pukul 12 tgh hari... aku pun berfikir mahu pergi membeli tiket ktm ke seremban.. tapi malangnya... X DE TIKET KE SEREMBAN.... akak kaunter ktm suruh aku membawa diri ke kaunter ETS pula.. adeh~.. aku pun berjalan la... x kan la merangkak pula kan.. huhuhu.. aku pi la tanye tiket ETS ade x ke seremban..akak kaunter ETS yg harap cun 2 bg tahu info pun salah... beliau kata ada... tapi pukul 4.55... then aku ckp.. kat sini bukan pukul 5.55 ptg ke?? apekah akak ini... 1 je pun masa pun leh tipu ke? Tip Keempat : ada mata lihat sendiri... jangan terlalu percaya cakap orang sangat...hahaha.. baru pukul 12 lbh... nak tunggu lg 5 jam lebih.. tersangat la lama.. aku guling2 satu KL Sentral pun belum tentu cukup 5 jam..huhu


      Pukul 12.15 pm ... aku pun pe lg turun n terfikir plan lain... jadi Tip Kelima : sentiasa bersedia dengan kebarangkalian yang mendatang ya... tambah2 anda travel seorang diri.... mesti ada plan A, B, C, D......kalau sampai Z pun bgs...=) ... Plan B aku... berusaha pergi Bukit Jalil..aku yg x tahu menahu jalan2 KL ni pun menelefon la kakaku siti hajar yg cantik dan bertanya kepada beliau bagaimana mahu pergi ke bukit jalil... jadi beliau pun mencerita la... kene naik dua train... adoai~... first time ni pi bukit jalil... aku bese dtg kl nek KTM/ETS then nek putra pi setiawangsa... kalau bab ni aku dah pakar dah... ni kene tukar2 train... ALAMAK!!!~


         Pukul 12.20 pm... aku dah macam dalam rancangan Amazing race je aku rase... dalam fon akak aku cerita sikit2 ja... dia instruct aku by message.. adakah aku dalam program realiti??? tapi nape x de kamera pun... hahahaha.. time2 aku nak beli tiket putra ke masjid jamek... duit aku x cukup sepuluh sen... adoai~.. frust betul la... kaunter lak malas la.. sbb aku penah dpt duit syiling banyak giler.. xnak xnak..huhuhu.. aku pun pi la beli roti.. dpt la duit syiling tapi 50 sen sekeping.. orang kedai itu x ada duit pecah... tapi kan... tiba ada seorang kakak yg baik ini kata kat aku "adik nak duit tukar ke"... aku pun pe lagi kate la nak.. n berterima kasih pada akak 2.. aku leh katekan bahawa walaupun dia x pakai tudung tapi hati dia sangat baik... ada yang pakai tudung pun pandang orang semacam ja.. dont judge a book by its cover =).... tiket harga RM 2.20 (x clap aku la)


       Pukul 12.30pm... aku pun naik la putra ke masjid jamek... dlm 12.40 aku sampai la... then akak aku pun  bagi instruction ke 2 iatu naik STAR ke bukit jalil... waktu tiba kat masjid jamek 2 aku x pasti mana nak naik Star.. so aku pun pi tanye akak ni .. Tip Keenam : malu bertanya sesat jalan... kalau x pasti.. sila la tanya.. dan kalau anda perempuan n sorang2... tanya la makcik2 or akak2... jgn la gtl2 nak tanya abg2... sy x jamin kalau beliau ambil kesempatan... aku pun beli tiket ke bukit jalil.... aku rase RM 1.80... aku berhati2 tunggu train ni... sebab ada dua... 1 ke ampang... 1 lagi ke sri petaling.. kalau aku naik pi ampang.. aku kene tukar train lagi sekali... xnak la...=.="... pe2 pun aku nek train yg betul..=)


     Pukul 1.30 pm.... akhirnya bukit jalil ku jejaki... huahuahua... terharu terharu terharu... aku pun guna tip ketiga aku... aku ikut la orang ramai yg bawa beg banyak2... dah ramai menuju ke tempat yg sama... so ikut je la... jangan banyak songeh... tentu2 la mereka nak pergi stesen bas bawa beg besar2.. x kan la nak pergi bershopping pula di bukit jalil... sebelum 2... aku nak bg tip ketujuh.... Tip Ketujuh : sentiasa la berdoa dan bertawakal... sewaktu aku turun ja tangga untuk pergi ke stesen bas... aku doa "Ya Allah permudahkan la perjalanan aku selepas ini... Amin"... pukul 1.37pm aku sampai la kat kaunter tiket KKKL.. Alhamdulillah nasib aku tersangat la baik... bas pukul 1.30pm x jalan lagi... Alhamdulillah aku dipermudahkan oleh Allah =).. dapat tiket ja abg 2 kate pergi platform 5!.. aku rase nak kate je "huhuhu.. abg sy 1st time dtg sini.. mana pulak la platform 5 itu.. adeh~"... tp aku pun buka mata luas2 cari bas KKKL yg sememangnya aku familiar.. n jumpa la =) tiket RM12.00


     Pukul 1.39pm aku pun naik bas....aku pula pergi tanya pak cik pemandu bas "pak cik bas ni melaka-kl ke kl-melaka.."... pe la punya bengap soalan itu halimahton oi... dah tentu la melaka-kl!!!~.. kan anda di melaka sayang oi oi oi...=.="... waktu duduk sy kata aku ni budak U ke budak sekolah hulu ni... tanya solan bodoh... hahaha.. time 2 otak tengah sengal2 sikit.. bese la... aku serius penat sgt... travel... sarapan aku makan maggi goreng je pun... lapar gila!!!~.. aaaaa~..xpe2 sabar... balik nanti makan la mama masak ^^... perjalanan selama 1 jam setengah... sampai la aku di melaka sentral...penat wo~ x terkira...


      Pukul 3 macam 2 la.. aku sampai di melaka sentral... malas nak menyusahkan abah amik.. so aku pun naik teksi la balik... balik2 umah kan... mama masak lauk favorite aku...wah~ sangat terharu ^__________^
Tips Kelapan : yang paling penting... keyakinan diri... walaupun anda seorang diri x semestinya anda x mampu berdikari.... buat muka confident ja... walau anda di tempat yang anda sendiri x biasa... kerana takut orang ambil kesempatan dengan muka anda yang takut2 itu...


  jadi boleh la hitung2 berapa ringgit n masa aku ambil untuk sampai ke Melaka sentral... adalah dalam RM 36.20 ... masa pula 5 jam setengah ^_________^ ... jimat x jimat 2 ...haaaaa~


       aku memang sangat independent dari kecil... jadi aku memang boleh ja fikir jalan sendiri =)... bagi aku pengalaman yang paling penting... mungkin aku memang ditakdirkan untuk merasa pengalaman ini... cuma mahu berkongsi sahaja.. aku ada banyak pengalaman menarik2... sebab aku memang adventurous...hehehe.. sepanjang perjalanan aku jumpa perlbagai ragam manusia... menarik sungguh...^^..


           Parent aku x tahu langsung betapa susah payah nya aku berusaha untuk balik =)... duit bukan la yg aku kisah sangat... yang penting adalah dapat pulang ke rumah berjumpa dengan keluarga =)... sekarang alongku yang comel telah memberikan daku kereta kancilnya kerana beliau sudah anda kereta Vios S... aku balik la naik kereta... dalam RM110 la nak sampai ke melaka dari UTP... tetapi saya tidak kisah langsung...


          Di rumah sy boleh ja belajar untuk final exam... asalkan kita ada tekad... alasan x ada masa x boleh dipakai... selepas sy solat hari raya di masjid sy menyambung kembali belajar ^^...(klu x de final x de makna nye halimahton..hahaha)


         di harap anda gembira membaca cerita sy yang sgt panjang lebar ini... ingat satu perkara... family adalah anugerah yang terindah dikurniakan Tuhan kepada kita... jadi hargai la.... jangan la nak berkira sangat kalau nak balik rumah ^____________^ Cool ja kalau anda travel seorang diri!!!~

Friday, December 17, 2010

M.E.R.A.H......

Warna aura tidak akan menipu siapa diri anda sebenarnya. Dalam psikologi sudah diakui bahawa setiap orang mempunyai keperibadian dan karakter tertentu.
Warna aura adalah bahagian dari keadaan diri seseorang yang membabitkan keperibadian, karakter, kesihatan dan kejiwaan.
Namun warna ini boleh berubah mengikuti keadaan diri seseorang. 

mari kita mulakan dengan warna..   MERAH


M. E. R. A. H

Mengungkapkan aktiviti hidup dan melambangkan kemahuan atau kehendak yang sangat mendalam. Orang yang mempunyai aura merah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang ke hadapan, tidak sensitif dan ego, pemimpin, suka mengkritik, mudah rasa tidak aman dan sentiasa fikir bahawa dia adalah benar. Ia turut melambangkan seorang itu suka bersaing, berani bertindak, tekad dan juga panjang akal.
Kebaikan mempunyai aura merah ialah mereka berupaya menjadi pemimpin dan mempunyai fokus yang jelas bagi mencapai tujuan.
Keburukan mempunyai aura merah adalah sukar bekerja dengan orang lain kecuali jika masing-masing mendapatkan apa diinginkan. Mereka ini suka bertengkar, ego dan kurang sensitif.



sy ambil dr hasil kajian oleh Dr Noordin Darus =)

warna merah memang cantik... sesuai dgn org yg berkulit cerah... bg sy sendiri org yg ske pakai warne merah ni nampak berani... daring lak 2... hahaha...

nak kaitkan dgn kwn pula kan.... kalau kita ada kawan yg berperangai seperti beberapa sifat di ats :
1. ego
2. suka mengkritik
3. berfikir bahawa dia adalah benar
4. sukar bekerja dengan orang lain

hmmm2.... ssh kalau jumpa kwn yg cukup package seperti di ats... tapi mereka lebih jujur... dari kwn yg hipokrit dan tikam belakang kan kan kan... lain org lain caranyer... jadi jika mereka tergolong dalam kwn kita... berusaha la menerima mereka seadanya dan tidak lupa memberikan nasihat kalau mampu la =) ... kdg2 x semestinye org nk dgr nsht kita.. plg teruk.. dye kate kita ckp x serupa bikin... nasihat diberi utk mereka.. bukan diri kita sepenuhnyer... sbb kdg2 condition kita x sama ye =).contoh nyer kan kita bagi nasihat pada kawan kita yg ada makwe / pakwe jangan la layan org len.. t org kate men kayu 3 pula kan...tp kita yg single mingle ni layan lelaki/perempuan len... kalau kawan kita kate kita ckp x serupa bikin... org 2 memang la x matang... kita nasihat sbb dye 2 dah berpunyer... kita bebas untuk berkawan....jgn putar belitkan nasihat org ye... x bagus...  ingat 2...

bagi mereka yang ada sifat2 seperti di ats... cuba la berubah... mungkin ada kwn yg boleh terima anda... dan mungkin juga anda yg x boleh menerima anda... jadi pilihan di tangan anda ^_^

Thursday, December 16, 2010

KuNiNG......

1st time menulis blog.... wah~... dah lama dah berniat... tapi hari ini pada 16 Disember 2010... tiba2 tangan menjadi rajin pula ^_________^ ... tujuan blog ni adalah utk berkongsi cerita, information2 yg best dan jugak pe bnde la yg sy ske nak tulis...=)

hidup penuh warna bukan bermaksud kita pakai banyak warna kat diri kita..baju pink. kain hijau.. kasut merah.. tdung kuning... byk gila warna.. sampai org akan kata... gila apa budak ni...=P...  Bg sy hidup penuh warna adalah hidup yang penuh dengan emosi dan pengalaman.. hidup sy sgt penuh dgn warna2 kehidupan.. dan sy selalu tersenyum menghadapi dugaan =)

K.U.N.I.N.G......

saya mulakan entry yg pertama dgn warna kuning ye ^_________^ 
apa yang menarik ye dengan warna kuning ni??
warna kuning akan menceritakan serba sedikit tentang penulis blog ini =) .........
kalau orang seni ni mesti dah tahu tentang bagaimana wujudnya warna kuning.... warna kuning adalah campuran antara warna hijau + merah = kuning....

kuning memang striking la klu pandang... adoai klu kuning terang memang sakit mate la.... kuning memang sangat ceria warnanya... sebab tu la kuning membawa maksud kecerian dan kebahagian... warna kuning jugak bukan calang2 orang boleh pakai taw... sebab warne kuning adalah warna di raja... haaaaaaa~ warna pun boleh membezakan taraf manusia..

kuning = ceria

kalau orang x kenal saya... memang akan kate saya serius... tapi dgn family saya.. saya sgt2 ceria.. dgn kwn2 yg rapat... sy sgt cool (mula dah wat shortfoam)hahaha...

saya suka wat bende yg giler2..plg suke...klu drive ske wat akak sy takut... hahaha.. seronok kot wat gitu..=) .. sy suke mengusik org... nampak mcm bdk x de mslh... tp senanyer byk je masalah yg queue utk diselesaikan.tapi saya mengabaikan mereka..kasihan2.sape suruh masalah nak dtg kat sy... kan sy dah x layan..hahaha... slogan sy " lilek2 sudey"... ramai kate sy childish... apa citer ni??? adoai... terpakse la mengaku ni...sob3...=P

sy juga seorang yg adventurous... ada byk kisah yg sy hadapi yg semangnyer menarik!!!~... sy ske 3M
memasak, memandu n mengusik... hahahaha.. sgt2 independent sejak kecil.. sentiasa optimist n x akan mudah mengalah...  plg penting sy jarang marah... n klu marah cepat cool... sy mmg berapi2 marah kalau kwn yg rpt dgn sy melakukan perkara yg sgt kurang ajar dgn sy... CUKUP PANTANG.... hahahaha

semua orang ada warna kegemaran... yg pasti nyer warna sebenarnyer mencerminkan sifat kita juga... percaya atau tidak terpulang la...=)