Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
just wanna have bright smile everyday ^^

Sunday, February 13, 2011

mencari ketenangan hidup =)



bangun pagi2 lepas subuh rasa tenang sangat2.. seperti hari2 lain =). Apa yang membuatkan hati kita x tenang adalah perasaan risau dan terlalu banyak berfikir. dan juga rasa marah, dendam n benci pada orang lain. rasa down pada diri.. 4 me... atas apa yang terjadi, baik atau buruk aku terima dengan redha dan aku pasti ada hikmah yang terlindung disebaliknya =). Apa yang membuatkan aku rasa tenang hampir setiap hari adalah

1. memaafkan atas apa jua kesalahan orang pada aku
2. membuat kata2 maaf pada orang lain
3. berfikiran positif : mereka x suka aku mungkin sebab mereka salah faham or dengar dr sumber yg sengaja membuat cerita... or apa2 je la yg aku rasa positif 
4. solat dengan paling khusyuk 
5. banyakkan berdoa atas dosa2 kita
6. banyakkan tersenyum. even rasa orang sedang cuba sakitkan hati kita, just senyum sahaja =)
7. cari perkara yang boleh menggembirakan
8. jangan terlalu banyak berfikir dan simpan sebarang dendam
9. paling penting.. cuba lupakan =)

menurut Dr Fadzilah Kamsah pula :

 Maafkan diri Anda kemudian lupakan semua yang dah berlalu.
Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup Anda maju ke depan, bukan ke belakang. Anda makin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Maafkan diri Anda kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat.
memcuci hati :
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.



No comments:

Post a Comment