Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
just wanna have bright smile everyday ^^

Monday, May 23, 2011

kerja yang di pandang rendah tetapi besar nilainya =)

segelintir dari masyarakat kita kadang kala memandang rendah sesetengah pekerjaan kerana mempunyai anggapan seperti 'eeeeeee buruh binaan. x standard la' , 'mekanik jeeee', dan lain. dan ada juga yang kadang kala mencemuh pekerjaan orang lain dengan kata-kata kesat secara depan-depan. kadang kala memberi pandangan dan senyuman sinis apa bila melewati pekerja yang sedang membuat kerja- kerja di tepi-tepi jalan.

sebagai seorang pelajar kejuruteraan awam. saya ingin berkongsi sedikit pandangan saya mengenai pekerjaan sebagai buruh binaan. segelintir masyarakat beranggapan bahawa bekerja sebagai buruh binaan adalah low standard, rendah dan hina. hanya sesuai untuk orang miskin yang x berpelajaran, orang indonesia, bangladesh, kemboja dan vietnam. Tapi pernah tak anda semua berfikir. tanpa mereka yang anda anggap hina dina ini maka tiada la bangunan yang tinggi melangit, bangunan yang cantik bagaikan istana, dan RUMAH anda. rumah anda x akan terbina sendiri tanpa ada orang seperti buruh binaan yang mendirikan nya. dan tiada la juga bangunan kebanggaan kita, petronas twin tower yang gah sebagai salah sebuah bangunan tertinggi DUNIA

setiap pekerjaan sememangnya ada risiko. pekerjaan seperti doktor sendiri ada risikonya. apa tah lagi sebagai buruh binaan. di mana-mana sahaja kemalangan kecil atau besar boleh berlaku. pernah x anda terfikir. jika salah seorang dari keluarga anda seorang buruh binaan. anda berpandangan 'alaaaaaaa. buruh binaan ja pun. gaji apa sangat'. Ya. anda boleh katakan gaji mereka apa la sangat. tapi untuk pengetahuan anda semua gaji mereka adalah lebih tinggi dari pekerja kerajaan. sebagai buruh binaan untuk membuat rumah gaji bagi SEHARI adalah RM100. bayangkan jika dalam 30 hari sebulan seminggu sekali sahaja cuti. mereka boleh mendapat RM 2600. starting gaji pekerja kerajaan pun RM 900. semasa saya pergi ke tapak binaan, gai buruh binaan di sana adalah RM125 sehari = RM3250 sebulan. dan ada juga buruh binaan yang mendapat gaji RM150 sehari. bergantung pada saiz projek nya. jika RM150 sehari bermakna RM3900 sebulan. starting gaji engineer petronas pun RM 3500 sahaja. belum lagi campur dengan duit-duit lain dan jika x ambil apa-apa cuti.

jangan la kita memandang rendah pada apa pun pekerjaan mahu pun pekerja nya. sesungguhnya setiap pekerjaan yang halal adalah sangat mulia. untuk menyara keluarga. lakukan la setiap pekerjaan dengan ikhlas untuk mencari keredhaanNya. 

ceria-ceria selalu dan selamat beramal
luv



No comments:

Post a Comment