just wanna have bright smile everyday ^^

Sunday, December 19, 2010

orang x reti masak pun boleh masak =)

mari2 sy ajar anda macam mana mahu memasak hidangan yang mudah, senang n cepat di masak plg penting    S. E. D. A. P....^^ ... boleh sy katakan org yg x reti masak pun boleh masak la masakan ini =) ... ada dua cara memasak... tapi sy ajar yg paling senang n sy selalu buat....
resipi ini adalah ciptaan sy sendiri... sy gunakan teknik pemerapan kerana kalau sy ajar teknik biasa mungkin waktu menuang sos2 yg ada mungkin terlebih bubuh..then ayam hangus.. sbb lambat letak bahan lain. kes biasa =) .... mari mencuba ^^

Ayam Masak Kicap Cili Api (for 3 person):

Bahan-bahan nya :

1/4 ayam dipotong2
1 biji bawang merah dicincang
1 biji bawang besar dipotong bulat2 (letak bawang besar rasa lagi sedap la... tapi kalau x suka x letak pun x apa)
1 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris panjang2
1 sudu besar sos black paper (serbuk pun boleh)
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu sos tiram
pinch of salt
4-5 biji cili api (klu anda suka pedas boleh letak lebih... tapi ini dah cukup pedas)
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air

optional : boleh la tambah klu suka
setengah batang lobak merah dikupas kulit dan dipotong ikut kreativiti anda la =)
3 kuntum cendawan shitake di buang kakinya dan dipotong 3
2 biji kentang dipotong nipis bulat2

(tapi sy masak main agak2 la... sebab dah biasa memasak.. x perlukan sukatan... anda ikut naluri ja...)

cara memasak :

Pemerapan 

perap ayam dengan sos black paper, sos tiram n kicap pekat

Tumis menumis

1. panaskan kuali dan tuangkan minyak masak

2. tumis bawang merah dan bawang putih... tumis sehingga naik bau (bertukar warna sedikit coklat... jangan sampai hangus pula =))

3. masukan halia dan cili api... kemudian masukan ayam yang diperap tadi dan juga kentang.

4. goreng ayam dan kentang sehingga semuanya sebati... kemudian masukan air... biarkan sehingga ayam empuk (masak)

5. masukan lobak dan bawang besar...jangan lupa tambah sedikit garam... rasa sama ada cukup rasa atau tidak

6. apabila semuanya sudah mendidih.. masukan cendawan... matikan api...

7. boleh la makan =)

sy penah masak masakan ini untuk kawan2 sy... antaranya Cik Nadia Aida (nadia), Cik Eezazi, Cik Fadhilah n Encik Khuzairi... boleh la tanya pada mereka sedap atau tidak...=) .tidak juga pada keluarga tercinta =).. sy dpt thumbs up... sila la cuba dan masak untuk keluarga dan kawan2... mana lah tahu bukan jari tangan sahaja malah jari kaki pun thumbs up.. heeeeee~
bagi sy masakan ini antara hidangan berat yg mudah disediakan dan berkhasiat 
protein = ayam
carbohydrate = kentang
fat = minyak
vege = lobak merah
mineral (potassium ) = cendawan shitake

jika anda mahu bertanya apa2 masakan lain.... sila la drop komen anda =)... mungkin mahu masak untuk yang tersayang ^_____________^

2 comments:

  1. Yes, sebagai salah seorang yg pernah makan masakan Cik Ton ni, i bagi... two thumbs up! Hehehehe...

    ReplyDelete
  2. sy bg 4 thumbs ar klo gitu...huhu

    ReplyDelete